Showing posts with label Memories. Show all posts

Potret Dalam Kenangan



Dalam kesibukan mencari bahan2 binaan utk ubahsuai dapur umah, sempat la.. snap 2 , 3 keping... gambar pakcik (pok su Soh) ni merupakan arkitek (tukang rumah) mertua aku 40 thn yg lalu...

Dia citer, masa 13 mei 1969. bapak mertua aku gi beli kayu bertan-tan dari kuantan untuk buat rumah. Kenangan rumah 13 Mei....

So, aku abadikan potret pok Su sebagai kenangan kerana dlm ramai tukang rumah asal yg bina umah mertua aku ni, dia lah satu2 nyer tukang terakhir yg masih hidup...

PERMAINAN "WAU JET"

"WAU JET".. begitulah jolokan nama yang diberikan oleh org2 kampung di sini.
Bila tiba musim angin, hampir setiap petang,
warga Kampong Baharu Felda Neram 1
akan berkumpul untuk bermain atau menyaksikan permainan 'wau jet'
yang begitu mengagumkan.

Pertama kali melihat permainan wau lain dari yang. Mereka bertanding dalam masa
1 minit wau akan terapung diudara. Masa akan disukat dengan menggunakan
tempurung yg diletakkan di dalam baldi berisi air.
Jika tempurung itu tenggelam, maka pengadil akan mengukur ketegangan tali
wau masing2.
Pemenang dengan ketengangan tali menjangkau 90 darjah..
bakal dinobatkan sebagai pemenang. Aneh bukan???

So, ptg ni saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan umum.

1001 Wajah

Wajah yang merungkai 1001 cerita di sebalik Kenangan Semalam ....

Jom gi Jala ikang....



Hasil sebahagian menjala ikan yg di bawa pulang.....

Petang tadi aku , Jibon (Zu) dan Jang (Afzanizam) gi baruh (paya) kat belakang umah menjala ikang. Member2 aku bawak 2 jala.. aku cuma bawak baldi kosong jer.. haa..haa...

Setelah menebar jala berulang kali, hasilnya kami mendapat beberapa jenis ikang. Antaranya ialah ikang Haruan, keli, Sepat, ikang Selat, Puyu dan Siakap... Apa...siakap...??? mcm x caya kan.. kat paya belakang umah ada ikan Siakap.. x yah susah2 aku pi ngail ikan kat kolam area KL tue.. haa...haa... Ikan haruan yg paling besar..anggaran dekat sekilo... ikan keli pulak...paling besar... 2kg++ .. perghh.. rezeki beb.. tapi, ikan tue kwn aku bawak balik.. so, no pictures... :(

So, setelah 2 jam menjala.. kami pon pulang.. Allahuakbar...Allahuakbar...(azan maghrib dari Masjid Rusila)... :)