Tutorial ( APAKAH ITU... ??? )

Ruangan "Apakah itu...??? " adalah cetusan idea untuk para pembaca mendapatkan maklumat dan belajar asas BAHASA KAMERA. Jika ingin mahir dlm Bahasa Inggeris, kita perlu belajar nahu dan tatabahasanya. Begitu juga dengan kamera. Oleh itu, mari kita kongsi bersama di ruangan " APAKAH ITU..??? "

( Apakah itu KAMERA -camera- )
Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2]
Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terlatak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.
-http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamera-

( Apakah itu Gambar Foto )
Gambar foto (seringnya disingkatkan menjadi foto) ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografi atau pengimej elektronik seperti peranti caj terganding (CCD) atau cip semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Kebanyakan gambar foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus panjang gelombang cahaya nampak daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata manusia. Proses dan amalan untuk mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Perkataan "fotograf" dicipta oleh Sir John Herschel pada 1839, berdasarkan perkataan Greek, φώς (phos), "cahaya" + γραφίς (graphis), "stilus", "kuas" atau γραφή (graphê), "perlambangan menerusi garis" atau "lukisan", dan bersama-sama membawa pengertian "melukis dengan cahaya".[1]


( Apakah itu APERTURE )
Aperture berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam kamera. Ia perlu diselaraskan untuk mendapat lubang atau saiz yg dikehendaki. Saiz-saiz aperture ini diukur dalam nombor 'f' atau 'f stop'.

Saiz aperture yg kecil membenarkan hanya sedikit cahaya memasuki kamera (melalui lensa) berbanding dengan aperture yg besar. Setiap nombor 'f' disusun dalam bentuk atau bidang skala aperture 2, 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16... Semakin besar nombor 'f', semakin kecil saiz bukaan aperture.

Apabila kita menukar dari f/4 ke f/5.6 atau f/5.6 ke f/8, cahaya yg memasuki kamera adalah separuh (1/2) dari cahaya nombor 'f' yg sebelumnya. Pertukaran ini adalah dari saiz aperture yg besar ke saiz aperture yg kecil. Penukaran dari saiz aperture yg kecil ke saiz yg besar adalah sebaliknya. Bidang skala aperture adalah berbeza antara sebuah lensa dengan lensa yg lain. Lazimnya, perbezaan ini bergantung pada harga dan model lensa serta kamera.

Pertukaran dari f/2 ke f/16 akan mengecilkan saiz aperture. Secara tidak langsung, cahaya yg memasuki lensa akan berkurangan.

Penggambaran ditepi pantai atau dibawah cahaya matahari terik memerlukan saiz aperture yg kecil (f/16 atau f/22). Ini bermakna untuk menahan cahaya yg berlebihan dari masuk ke dalam kamera, kita perlu mengecilkan saiz aperture. Apabila keadaan cahaya kurang atau di dalam bilik yang agak gelap, besarkan saiz aperture (f/2.8 atau f/2) untuk membolehkan lebih banyak cahaya memasuki lensa.

Mengelirukan? Selamat berfotografi!

  
( Apakah itu Shutter Speed )
"Shutter speed" bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut.
     Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/250 atau ke atas. Kelajuan pantas (1/1000) sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

( Apakah itu WB - White Balance )
Rata2 orang tak tau apa itu white balance (WB)…  Pernahkah korang wonder kenapa gambar yang keluar dari kamera korang berwarna kekuning-kuningan? atau kebiru-biruan ?  Itulah defect yang dihasilkan akibat pemilihan WB yg salah… 
Berbalik kepada apa itu WB… WB secara senang korang nak faham ialah merupakan betapa betul kah warna putih yang akan kamera korang akan proses… Ini kerana, mata kita akan melihat warna putih sebagai putih dalam apa jua situasi lighting… provided korang tak rabun warna lah...  :D .  Tapi kamera korang bukan memproses gambar berdasarkan apa yang di lihat… tapi berdasarkan apa input yang ianya dapat melalui cahaya sekeliling…  Jadi, kamera biasanya akan confuse dengan lighting condition yang mempunyai warna2 yang pelik2… Dan langsung menyebabkan gambar korang jadi biru lah… kuninglah… Jadi sekiranya korang tengah chillin kat Bandar Lama Kopi Putih, kan semua outlet die lampu nak warna kuning je… Bila korang tangkap gambar, gambar for sure akan jadi kekuning-kuningan… kan? Unless lah korang pakai direct flash yang sangat annoying…  :D   Secara detail sikit mengenai WB :

White balance (WB) is the process of removing unrealistic color casts, so that objects which appear white in person are rendered white in your photo.  Proper camera white balance has to take into account the “color temperature” of a light source, which refers to the relative warmth or coolness of white light.  Our eyes are very good at judging what is white under different light sources, however digital cameras often have great difficulty with auto white balance (AWB).  An incorrect WB can create unsightly blue, orange, or even green color casts, which are unrealistic and particularly damaging to portraits.  Performing WB in traditional film photography requires attaching a different cast-removing filter for each lighting condition, whereas with digital this is no longer required.  Understanding digital white balance can help you avoid color casts created by your camera’s AWB, thereby improving your photos under a wider range of lightingconditions. : Sumber darihttp://www.cambridgeincolour.com/tutorials/white-balance.htm
Walaubagaimanapun, camera digital by default, akan mempunyai setting Auto WB… Kalau korang perasan lah kan… Masa korang beli kamera korang dulu… Ada perasan tak simbol2 ini ?  Inilah simbol2 untuk menukar setting WB korang…
wwl2003
Simbol2 WB balance ni bertujuan untuk memudahkan pengguna memilih jenis2 white balance yang bersesuaian mengikut keadaan. Perhatikan simbol2 di atas, Tungsten bermaksud keadaan pengcahayaan di tempat korang berada mempunyai bacaan kelvin yang tinggi. *rujuk graphic di bawah  . Jadi korang akan set kan WB berdasarkan keadaan cahaya korang dan kamera akan memilih bacaan kelvin yang berlawanan dengan keadaan cahaya korang iaitu warna yang mempunyai bacaan kelvin yang lebih rendah dan begitulah sebaliknya…
wwl2002
* Kelvin merupakan UNIT yang digunakan untuk menyukat temperature warna.
Korang actually boleh main2 dengan WB ni untuk achieve effect warna yang cantik menarik lagi da bomb… :D :D…
Jadi kesimpulan nya di sini, bila korang tangkap gambar tu, rasa2 macam kuning atau biru semacam je gambar korang tu, korang tau lah nak buat ape kan? Selamat mencuba…


( Apakah itu MODE dlm DSLR )
Dalam artikel kali ini anda dapat melihat perbezaan mode dalam digital DSLR. Biasanya, sama ada pada kamera DSLR mahu pun Kamera Kompak ada 4 pemilihan mode.
1. Auto ([   ]) = Ini mode Automatik. Melalui mode ini, kamera akan menentukan cahaya, menginterpretasikannya dan kemudian mengatur setting secara automatik. Jika keadaan kurang cahaya, body flash akan bertindak untuk menerangkan keadaan. Bagi yang baru menceburi bidang ini, mode ini sesuai untuk anda. Tetapi, kalu dah masuk semi-pro @ pro... pastinya anda tidak lagi menggunakan mode auto.

2. [P] atau Program mode = Seperti model Auto, kamera akan menentukan setting yang paling sesuai. Seperti model Auto, kamera akan menentukan setting yang paling sesuai. Kemudian Anda boleh mengubah f/ aperture atau shutter speed. Kamera ini tidak akan menggunakan flash meskipun dalam suasana gelap.

3. A / [Av] atau Aperture priority = Dengan setting mode ini, kita dapat menentukan bukaan aperture dan kamera akan sendirinya menentukan shutter speed. Mode ini  menentukan depth of field. Contoh, bila anda sedang snap image , dan anda ingin latar belakangnya kabur, maka anda harus mengubah pada f/2.8 atau f/1.4. Sedangkan kalau anda sedang mengambil foto group  atau pemandangan (panorama), dan anda ingin semua dalam fokus, maka set aperture pada f/8 ke atas (ikut kesesuaian). Shutter speed atau ISO akan ditentukan oleh kamera itu sendiri. Hebat bukan..???

4. [S] /TV atau Shutter priority = Mode ini bertujuan untuk kita mengambil gambar pada image yang bergerak pada kelajuan yang tinggi. Contohnya, untuk mengambil image kenderaan yang sedang bergerak, mode ini sesuai digunakan. Kelajuan shutter dapat diselaraskan ketahap maksimum, manakala aperture dan ISO akan ditentukan oleh kamera sendiri. Kalau kita set shutter speed tinggi seperti 1/640 detik, maka hasilnya gerakan orang atau benda yang sedang bergerak menjadi beku, sebaliknya kalau kita set 1/15 detik atau lebih rendah lagi benda/orang yang bergerak, maka kita akan menangkap motion blur. Teknik ini sesuai untuk merakam gerakan air di pantai, gerakan air terjun ataupun merakam cahaya kenderaan bergerak pada waktu malam.

5. [M] atau Manual Exposure = Mode manual merupakan mode yang biasa digunakan oleh pakar-pakar photographer. Segala aturan (setting) ditentukan oleh anda sendiri. Sama ada shutter speed, aperture, ISO, WB, dan sebagainya ditentukan oleh si pemakainya. Dengan kata lain, mode ini paling tidak digemari oleh para amature, kerana ia merumitkan.


Penutup
Sebelum capture image, tentukan setting mode anda. Yang penting jangan takut untuk mencuba dan latihan sehingga anda mampu memahami dan menggunakan mode-mode kamera DSLR ini secara maksimum.
Selamat Meneroka kamera anda...